Monday, August 14, 2017

Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah hari ini mencuri perhatian seluruh rakyat.

Majlis dimulakan dengan istiadat pertunangan kemudian disusuli akad nikah bermula jam 10 pagi tadi di Istana Bukit Serene yang dilaksanakan secara tertutup.

Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail tiba 9.47pm.

Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Kerata yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan.

Tidak ketinggalan peminat keluarga Diraja Johor yang sama-sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik istimewa hadir diperkarangan istana.

Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan ba­ngunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

1 comment:

  1. Do you want to use your Hitbtc account on the computer? Do you want to confirm whether it is safe and secure to use Hitbtc account in the computer? The answer to all these questions can be provided by the well-versed professionals who are skilled and experienced in providing assistance. You can dial Hitbtc support phone number 1-800-665-6722 and get the best-suited solutions and techniques from the experts. The experts feel delighted to help you at every possible step.

    ReplyDelete