Wednesday, January 14, 2015

menangis terapi jiwa

assalamualaikum

          hari nie nak bercerita tentang tangisan sebagai terapi. well, rasanya tak ada mata yang tak pernah menangis kan? paling tak pun sekali sekala memang akan menangis jugak. info tentang terapi dalam tangisan nie aku google semalam memandangkan aku terfikir betapa teruknya aku yang cengeng & cepat menangis nie. but kadang-kadang menangis tu tak teruk pon, ngehehe 

first of all, menangis nie dapat memelihara diri kita dari pelbagai penyakit. satu kajian yang telah di jalankan mendapati menangis dapat mencegah dari terjadinya penyakit radang usus besar dan luka pada perut. kat mana rasionalnya aku pun terfikir jugak, tapi ntah la. memandangkan bukan aku yang buat kajian tu, so aku tak tahu.

menangis dapat meringankan ketegangan jiwa! beberapa orang pakar setuju mengatakan menangis sangat lah berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi. haaa... yang nie aku setuju. perasan tak kalau kita tension, lepas kita nangis kita akan rasa bertambah lega. tapi terlalu banyak menangis pon tak boleh jugak. buta plak mata tu nanti!

menangis juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada panjangnya usia kaum hawa. menurut ilmuan, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. memandangkan fitrah perempuan lebih suka/banyak menagngis berbanding lelaki, so jelas-jelas la usia kaum perempuan lebih panjang dari usia lelaki. tapi kalau meninggal awal jugak, nak buat camne...da memang ajal kan.

menangis dapat menyucikan mata. para doktor sependapat mengatakan air mata berfungsi membasuh mata dari kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yangs selalu datang silih berganti. menangis dapat membersihkan mata dari segala bakteria, debu dan habuk. ooouu... emosi kena jaga baru la kandungan racun tu tak banyak sangat dalam mata. betul ke assumption aku nie ?

menangis dapat memelihara kelembutan mata. OMG ! ni nak kena nagis banyak-banyak nie kasi mata lembut ! ngehehe . . nanti tak jadi lembut, jadi buta je terus baru tahu.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asal sehingga akan muncul perasaan tenang. waaa... menarik bunyinya.


FAKTA ---> secara purata perempuan menangis 64 kali setahun berbanding lelaki sebanyak 17 kali setahun.  maka tidak hairan perempaun lebih panjang usia dan kurang menghidap penyakit, meski kadar emosi perempuan lebih sensitif. menangis merupakan cara berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan fizikal dan emosi. menangis bukan lah tanda lemah dan tidak matang okeyyyhhh !

## ngehehe . . see ? lepas nie nampaknya aku punya reason yang lebih kuat la untuk menangis. orang tanya je, cakap untuk kesihatan walhal nangis frust sebab result exam teruk!

No comments:

Post a Comment